Sunday, February 22, 2015

DIY Jaring Penghalang Kucing

Tak tau lah nak letak nama ape tp sb utama buat penghalang/penghadang ni utk elak dr kucing masuk rumah jadi namanya penghalang kucinglah.

Mmg pesen i kalau nak memasak ape saja walaupon nak merebus, mesti nak bukak pintu dapur. Nak kasi pengudaraan tu circulate..walaupon ade hood segala bagai kan. (Perangai org kampung). Kucing liar kat belakang rumah ni mcm ade sensor setiap kali bukak pintu mesti dtg nak masuk rumah. Rimas pulak rasanya.

I ni pulak jenis yg moody, mulala nak marah kalau si kucing tu masuk rumah. So demamd dgn hubs utk buat jaring utk halang kucing tu masuk.

I imagine yg simple aje iaitu jaring pagar tu terus ketip kat grill. Tp hubs kata xcantik, dia nak buat yg elok2 siap ade frame. I okeykan aje.

So cost utk buat project kecil2an ni :
1) kayu rm6
2) jaring hijau rm 4.50
3) gergaji mini rm1.50
4) spray can rm 6.50
Yg lain adelah paku , staple dan juga cable tight

Utk kasi cantik buat chamfer kat hujung2 kayu bagi edge temu edge.
Pakukan
tk kasi matching dgn warna grill itu dispraykan kayu dgn warna putih
kemudian balutkan jaring hijau ke frame kayu yg dibuat.
Kemaskan dgn cable tight.

Itula project kecil2an hujung minggu.sdg elok masa pasang tu kucing dtg...mmg meet the purpose nak avoid kucing masuk rumah.

Kepada yg baru nak masuk rumah, dinasihatkan buatla grill mcm jiran kami, siap terus ade full plate attach kat grill...

bahan2 asas (budak kicik sibuk nak interprame) 
abe ensem sibuk menjalankan tugas
hasilnya. mcm ngam pulak time nak amik gamba kucingnya ade
contoh grill rumah jiran 

No comments:

Post a Comment

Cuci Mata di Fella Design

My favourite Cuti perayaan Deepavali pada 18 October lalu, kami saja2 singgah Fella Design..tujuan asal nak cari topper utk tilam tetapi ber...

NUFFNANG