Tuesday, July 21, 2015

Rendang Ayam

Dh lama tak share resepi. So sempena musim beraya ni kita share resepi Rendang Ayam k. Mudah cuma masa memasak tu dalam 2 jam jugak tu.

Okey bahan2:

Bahan kisar:
2" lengkuas
4"halia tua
1 biji bawang merah besar (atau 8 biji bawang merah kecil)
1 bunga bawang putih kecil
2 " kunyit hidup
18 biji cili kering - potong, rebus dan buang biji
3 batang serai

Bahan utama:
1 kg ayam
1 mangkuk santan dari 1 kotak santan campur air
Sedikit kerisik (1 sudu makan)
Sedikit daun limau purut
Sedikit garam secukup rasa
1 mangkuk kecil minyak
2 batang serai diketuk

Cara masak:
Panaskan minyak .
Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dalam 5 minit.
Masukkan santan separuh bersama ayam.
Dalam api yg sederhana, masakkan atas api sehingga santan hampir kering dalam 1 jam.
Kemudian campurkan baki santan dan serai ketuk teruskan masak dalam 30 minit lagi.
Masukkan kerisik bersama daun limau purut dan perasakan dgn garam.
Kacau dan sedia utk dihidang kan.

Perlu diingatkan sepanjang masak perlu kerap kacau utk mengelakkan hangit dan berkerak dibawah kuali.

Selamat mencuba.

Nota: kadar kepekatan kuah bergantung selera masing2, kalau suka yg jenis pekat sambung lagi masak sampai kuah hampir kering.

No comments:

Post a Comment

Cuci Mata di Fella Design

My favourite Cuti perayaan Deepavali pada 18 October lalu, kami saja2 singgah Fella Design..tujuan asal nak cari topper utk tilam tetapi ber...

NUFFNANG