Friday, July 24, 2015

Sayur Lodeh Udang

masih lagi dalam mood nak share resepi yg biasa makan masa raya.
masak lodeh udang atau sayur lodeh udang. masak lodeh ni senang sgt tau jadi janganla segan2 nak cuba ..
ini merupakan antara hidangan yg i suka utk jamah di hari raya. bukan raya pon suka jugak hehhe..

bahan2 utama :
200g udang segar
1 paket campuran soo hoon dan fucuk - direndam dalam air panas utk 10 minit
200 g sayur kubis
1 batang lobak merah saiz sederhana (dipotong panjang2)
1 biji sengkung saiz sederhana (dipotong panjang2)
100g kacang panjang (dipotong panjang)
1 kotak santan dicampur bersama 2 cawan air
3 petak tauhu di goreng garing
2 petak tempe di goreng garing
garam secukup rasa

bahan2 tumis:
3 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih  - tumbuk
1inch halia - tumbuk
1 sudu makan serbuk kunyit
minyak utk menumis

cara2:

1)  panaskan minyak, minyak dalam 5 sudu besar
2) tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau, kemudian tambahkan serbuk kunyit
3) masukkan santan dan kacau
4) masukkan campuran soo hoon dan fucuk bersama sayur kobis
5) tunggu sehingga mendidih , sentiasa kacau untuk mengelakkan dari pecah minyak
6) masukkan lobak merah, karang panjang dan sengkuang
7) setelah mendidih lagi sekali, masukkan udang segar, tauhu goreng dan tempe goreng yg sudah dipotong2. perasakan dgn garam.

sedia untuk dihidangkan

fresh dari periuk 

dihidangkan bersama dgn sambal ikan bilis dan juga ketupat. 

No comments:

Post a Comment

Cuci Mata di Fella Design

My favourite Cuti perayaan Deepavali pada 18 October lalu, kami saja2 singgah Fella Design..tujuan asal nak cari topper utk tilam tetapi ber...

NUFFNANG