Sunday, August 23, 2015

Mee Udang

Lagi entry kongsi resepi..lately kerap jugak masuk dapur..tu yg boleh share resepi ni..

Mee udang ni senang je.
Kalau makan kenyang mcm makan nasi jugaklah..
Lagi pon mee kuning dan meehoon adelah kegemaran i ...jadi seronoklah makan..

Bahan2:
500g mee kuning
1 ikat sayur sawi
1 ikat daun bawang
2 sudu bawang goreng
2 biji cili merah besar
200g udang segar besar
200g udang segar kecil dibuang kulit
2 sudu udang kering
2 biji kentang direbus
2 biji tomato
4 biji telur direbus
2 sudu cili giling
6 ulas bawang putih
1 biji bawang holand
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Garam
Perasa

Cara2nya:
Kisar bawang dan tumiskan diatas minyak yg panas sehingga naik bau

Masukkan cili giling dan goreng sehingga garing

Kisarkan kentang, tomato, udang segar kecil dan udang kering. Masukkan bahan kisaran ini kedalam kuali.

Masukkan air ikut kepekatan yg disukai..biarkan sehingga mengelegak.

Masukkan sos cili dan sos tomato serta udang...biarkan sehingga menggelegak sekali lagi.

Perasakan dgn garam dan perasa.

Celurkan sayur sawi..mee kuning
Sedia utk dihidangkan dan dimakan.

Selamat mencuba.





No comments:

Post a Comment

Cuci Mata di Fella Design

My favourite Cuti perayaan Deepavali pada 18 October lalu, kami saja2 singgah Fella Design..tujuan asal nak cari topper utk tilam tetapi ber...

NUFFNANG