Saturday, August 29, 2015

Naturalle's Garlic Oil Capsule

Kali ni i nak berkongsi supplement yg i makan untuk general health basicly utk penjagaan berat badanlah tujuan utamanya ni.

ianya bermula dengan member yg begitu ligat sekali mempromokan "Set Kurus Bajet" dari Hai-O tu tapi harganya tu i tak berapa nak berkenan iaitu RM30 utk 80 biji.

jadi sb nak try dulu kot2 lah tak serasi kan so i cuba yg murah dululah..iaitu Naturalle Garlic Oil supplement ni. harga murah saja RM30 ++ mudah didapati dari farmasi2 tempatan.

kelebihan Garlic Oil ni.

Ianya mengurangkan kadar kolesterol. Pesakit koronari-anteri yang mengambil makanan tambahan bawang putih didapati boleh merendahkan paras lipoprotein yang dikaitkan dengan penyakit jantung, manakala bagi yang tidak mengambil bawang putih tidak menunjukkan pengurangan kadar lipoprotein. 



Berbagai jenis sebatian sulfur yang terdapat dalam BAWANG PUTIH boleh memberi kesan yang baik untuk kesihatan kardiovaskular. Ini banyak memberi kesan kepada biosintesis asid lemak, kolesterol, tringliserida dan fosfolipid. AJOENA, bahan bawang putih, mempunyai kesan anti-pembekuan yang mujarab. 




BAWANG PUTIH mengandungi 754 bahagian per milion (PPM) Germanium - iaitu lebih dua kali ganda daripada Ginseng. Germanium adalah perangsang imun, pembekal oksigen dan penghalang radikal bebas. Kajian menunjukkan Germanium amat berkesan untuk merawat kesan terbakar, penyakit radiasi, beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Bawang putih mengandungi bahan-bahan lain yang menunjukkan kesan anti-tumor terhadap haiwan. 
Pengambilan bawang putih yang banyak boleh mengelakkan kanser perut. Bawang putih menghalang nitrat diet bertukar menjadi kanser yang menyebabkan nitrosamina. 




Kajian menunjukkan sebatian bawang putih dialil sulfida merupakan nutrien anti-kanser yang berkesan. Apabila diberikan kepada tikus sebelum mendedahkan tikus tersebut kepada agen penyebab kanser kolon, ianya mempunyai kesan perlindungan antikarsinogenik terhadap esofageal, kanser perut dan kulit dengan membenarkan hati untuk menyahtoksikkan bahan kimia penyebab kanser. Di Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat, para saintis berusaha menghasilkan ubat antikanser yang pertama diperbuat daripada bawang putih. 




Alisin adalah campuran sulfur yang memberikan kuasa antibiotik pada bawang putih. Ianya berkesan seperti penisilin tetapi tidak memusnahkan bakteria yang baik. 




BAWANG PUTIH juga merawat Kandida Albikons, sejenis jangkitan yis yang disebabkan oleh pil perancang, antibiotik, kartisona, kencing manis, kekurangan nutrien, sembelit dan tekanan. 

tak pandai pulak nak twistkan gamba

No comments:

Post a Comment

Cuci Mata di Fella Design

My favourite Cuti perayaan Deepavali pada 18 October lalu, kami saja2 singgah Fella Design..tujuan asal nak cari topper utk tilam tetapi ber...

NUFFNANG