Sunday, February 21, 2016

Sup Tulang Merah Singapore

sejak darfi hari raya haji tahun lepas lagi cuba2 nak buat sup tulang ni tapi asik tertangguh2.
jadi selsa lepas ade beli tulang lembu 1 kg mmg plan utk masak sup ni so semalam cuba2 buat ikut resepi dari sini 

tapi utk versi i ni ade sedikit ubah ikut selera sendiri.



bahan sup :
1 kg tulang daging lembu
4 ulas bawang putih
1" hirisan halia
3 batang serai sederhana besar
1 bunjut sup tulang adabi
air secukupnya

cara sup:
hiriskan semua bahan dan renehkan sup sehingga daging empuk

bahan paste:
3 biji ubi kentang - dipotong , digoreng sederhana garing dan di blend hancur

15 tangkai cili kering - dilembutkan dlm air panas
2 biji bawang merah sederhana besar
3 ulas bawang putih
2" halia
3 tangkai serai sederhana besar
(semua bahan diblend lumat)

2 sudu makan sebuk ketumbar
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1/2 sudu makan serbuk jintan putih
(jadikan paste)

1 tin kecil tomato puri
1/2 botol kecil tomato sos
2 kiub pati daging lembu knoor
1 kiub gula melaka
2 sudu kicap manis

1 genggam bawang goreng
garam
serbuk perasa
minyak utk tumisan
kulit kayu manis
bunga lawang
cengkih
biji pelaga

cara paste:
1)  tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelaga
2) masukkan cili dan bahan2 yg dikisar lumat, goreng hingga pecah minyak
3) ,masukkan paste serbuk-serbuk, goreng garing
4) masukkan tomato puri dan sos tomato, kuib pati , gila melaka dan kicap ,kacau sehingga gula melaka cair semuanya
5) tambah air ikut kesesuaian

cara masak utama:
1) masukkan semua bahan paste tadi kedalam periuk sup tadi.
2) kacau sekata semuanya
3) masukkan kentang blend, kaccau
4) masukkan bawang goreng, garam dan perasa. kacau sekata
5) tunggu mendidih

sedia utk dihidangkan.
boleh tambah sayur , ubi kentang , tomato dan juga carrot jika suka.
hidang panas makan bersama roti.


selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment

Cuci Mata di Fella Design

My favourite Cuti perayaan Deepavali pada 18 October lalu, kami saja2 singgah Fella Design..tujuan asal nak cari topper utk tilam tetapi ber...

NUFFNANG